15 May 2012

0
Komen

The Wedding: Nur Dianah & Mohd Soffian Ariff

Mesti ramai yang pernah baca blog dena bahrin kan kan kan. Saya pun baca jugak. Kisah persaudaraan pun baru jugak saya tau bila baca blog dena. Episod mengenali sedara mara.

Episod mengenali sedara mara bermula bila saya tengok video yang dena post kat youtube (1've been proposed). Sejak dari tu saya mula membaca blog dena. Tetiba, nampak dan terbaca entry yang dena post ada gambar dena dengan dato' sarimah. Wah, rasa macam ada peluang bersedara mara jugak ni....heheheh. Sejak dari tu jadi macam addicted nak tahu kisah selanjutnya. Dah dilamar, menyusul pulamajlis pertunangan dena. Bila dibaca entry dena dan gambar-gambar sekitar majlis pertunangannya, nampak lagi wajah-wajah yang saya kenali. Bila tunjukkan gambar-gambar tu pada ayahanda, kompem yang menyarungkan cincin pada dena masa majlis pertunangan tu sedara mara kami. Keluarga dari pahang. Macam tak sangka boleh jumpa sedara mara kat sini. Sebab tu la orang kata, gambar tu sangat penting. Dengan adanya gambar, dapat la kita kenal sedara  kita. Boleh tunjuk dekat anak cucu cicit....insyaALLAH. 

<3


 Love after marriage. Tahniah dena & soffian. Moga cinta sampai syurga. Amin. 

Bila dah tau sedara mara, cepat-cepat tanya ayahanda cerita selanjutnya. Bila ayahanda mulakan cerita sedara mara kami, syok pulak rasanya nak teruskan sesi penceritaan tak nak berhenti. Heheheh. Sejarah kekeluargaan adalah sangat seronok untuk diketahui. Dalam seronok mendengar ayahanda bercerita, baru la saya tau jugak asalnya kami dari mana. Siap buka cerita riau dan sulawesi. Kejawaan jap. Patut pun ada nama kampung kampar dengan acheh kat pekan  ni, rupanya ramai yang singgah menetap ke sini. Cerita yang lebih details ayahanda pun tak berapa pasti, tapi ayahanda kata kalau tok masih ada boleh la ceritakan selanjutnya kisah sejarah kekeluargaan tu pada kami. Tapi bersyukur alhamdulillah, sekurang-kurangnya tau la jugak walaupun sedikit. Dapat jugak kenal sedara mara.

// Terima kasih dena kongsikan kisah love after marriage dengan kami, sangat memberi input berinti
dalam masa yang sama dapat jugak saya kenal sedara mara. Kalau datang pahang, jemput la singgah ke rumah....^_*

// Moga urusan kalian dan kita semua dipermudahkan. Amin.

theCream of theCream
| NHK |


tertaip:
dek kerana sangat teruja mendengar sejarah kekeluargaan sebelah ayahanda
ayahanda siap pesan, sebelah bonda jangan lupa.....sejarah bugis menyusul pula nanti ^^

pictures credit to The Kliker
semangat pm the kliker kat facebook sebab nak copypaste gambar dena & soffian
thank you so much the kliker
korang punya gambar memang superb cantik,
memang seronok singgah booth the kliker masa kat sunway plaza mall hari tu
dapat tengok final output yang super duper cantik.

rasa nak booking untuk majlis akan datang, boleh?..............heheheheh


thank to all reader..click like and comment below ok

No comments:

Post a Comment